APA ITU BLOG, BLOGGER DAN BLOGGING ?
Apakah itu blog, blogger dan blogging? Ini adalah menjadi salah satu tanda
soal di fikiran. Adakah ianya perkara yang sama?
BLOG - Blog adalah singkatan daripada 'weblog' (weblog). Blog boleh dikategorikan sebagai sebuah laman
web namun sedikit berbeza kerana ia lebih bersifat dinamik iaitu mudah berubah
dan sering memaparkan maklumat baru pada setiap masa. Sama seperti sebuah buku
diari, tetapi blog merupakan sebuah jurnal dalam talian yang memaparkan susunan
'kronologi secara terbalik' akan dijelaskan dibahagian bawah. Pada
awalnya blog ini digunakan untuk berkongsi mengenai subjek individu seperti
sebuah diari atau kisah-kisah yang berkaitan dengan kehidupan seharian
seseorang. Bagaimanapun ia mengikut arus peredaran masa kini, teknologi yang
semakin berkembang pesat telah mempelbagaikan tujuan blog. Blog ini boleh
digunakan untuk pelbagai perkara contohnya
- Perihal Peribadi atau Diari
- Perkongsian Informasi dan Maklumat
- Penyampaian Berita dan Isu Semasa
- Ilmu dan Pembelajaran
- Perniagaan dan Pengiklanan
- Industri Muzik dan Hiburan
- Permainan Video (Games)
- Audio (Mp3) dan Video
- Software dan Aplikasi Telefon Pintar
- Kisah-Kisah Tauladan, Seram, Lawak, dan Lain-Lain.
BLOGGER DAB BLOGGING - Umumnya
Blogger adalah nama bagi perkhidmatan penerbitan melalui blog yang dimiliki
oleh Google, iaitu Blogger. Namun panggilan blogger kini boleh digunakan untuk
merujuk kepada pemilik atau penulis bagi sesebuah blog. Blog boleh dimiliki
oleh sesiapa sahaja sama ada secara individu, berkumpulan mahupun organisasi. Kebiasaannya
blog ini dimiliki oleh seorang individu sahaja. Manakala blogging pula adalah
sebuah pekerjaan atau perbuatan dalam mengendali dan mengawal sesebuah blog
seperti proses penulisan, posting, linking, sharing dan
sebagainya agar artikel yang disiarkan dapat disampaikan dan dibaca oleh
pengunjung-pengunjung blog.
Maklumat lanjut mengenai blog, blogger dan blogging boleh rujuk pada video berikut.
No comments:
Post a Comment