Google Doc ini turut sebahagian daripada Google Drive,
oleh itu pengguna terlebih dahulu perlu mempunyai akuan. Jika pengguna sudah mempunyai
akuan hanya perlu daftar masuk sahaja.
1. Daftar masuk ke akuan Google Drive.
2. Diteruskan
dengan klik pada My Drive dengan memilih Documents. Selain itu,
pengguna juga boleh klik aplikasi yang atas kanan seterusnya klik pada Documents.
Pengguna boleh menggunakan mana-mana cara mengikut kesesuian sendiri, yang
penting semuanya klik pada documents.
3. Seterusnya,
Google Doc ini turut menyediakan dua pilihan iaitu membuat dokumen kosong atau
dengan membuat dokumen yang mempunyai template mengikut kesesuian pengguna
masing-masing.
4.Setelah
itu, pengguna perlu membuat pilihan bagi membuat dokumen. Sebagai contoh,
pengguna memilih dokumen baru klik pada blank. Google Doc ini mempunyai
format yang sama dengan Microsoft Word, segala fungsi dan editor adalah
lebih kurang. Pengguna boleh memilih Font, ukuran saiz, serta pilihan
lain. Google Doc ini turut dengan automatik tersimpan dengan setiap perubahan
yang telah dibuat oleh pengguna,oleh itu pengguna tidak perlu risau jika
dokumen akan hilang jika laptop ataupun komputer mati ataupun tiada bateri
secara tiba-tiba. Kini pengguna tidak perlu risau atau klik Save seperti
format Microsoft Word. Segala proses penyimpanan data turut akan
dimaklumkan dan semua perubahan disimpan di Drive. Pengguna juga boleh
memberikan kepada pengguna lain dengan cara memilih Share pada sudut
kanan atas. Dengan ini, pengguna lain dapat membuat perubahan seperti menyunting
dan memberi penambahan pada dokumen tersebut.
Bagi rujukan lanjut bagi membuat Google Doc, berikut adalah video bagi lebih memahami dengan mendalam, terima kasih 👍.
No comments:
Post a Comment