• CARA MEMBUAT GOOGLE FORM


    Cara Membuat Google Form

                Terlebih dahulu pemilik atau pembuat Google Form ini perlu memiliki akuan Gmail kerana Google Form ini merupakan dari Google Drive. Berikut adalah langkah-langkah membuat akuan Google Form :

        1.        Daftar masuk ke Google Drive menggunakan akuan Google. 

        2.        Seterusnya setelah daftar masuk Google Drive, diatas kanan bersebelahan dengan simbol atau gambar terdapat sembilan titik-titik dan seterusnya klik pada drive.


        3.        Disini pemilik atau pembuat Google Form akan menciptakan borang responden untuk diisi. Google Form akan menawarkan untuk mengisi form yang kosong atau memilih template. Google Form mempunyai beberapa template bagi digunakan mengikut kesesuian objektif borang. Pemilik borang boleh memilih antara borang kosong ataupun template mengikut kesesuian dan tema pada objektif borang.


        4.        Setiap Form yang dibuat akan dinamakan secara default sama nama pada Form Description. Namun pemilik atau pembuat borang boleh mengubah nama tersebut. Klik pada perkataan Untitled form dan kemudian ubah nama mengikut tajuk atau kesesuian borang.


        5.        Setelah semua soalan siap dibuat, pemilik atau pembuat soalan boleh memaparkan Form tersebut untuk dilihat oleh pengguna lain dengan klik pada simbol seperti mata, paparan Form akan kelihatan. Jendela baru yang berisi URL form akan muncul, pemilik atau pembuat borang boleh terus menyalin dan memberikan URL form. URL Form turut dapat dipendekkkan terlebih dahulu dengan klik pada bahagian Short URL.

    Klik Copy dan Paste pada mana-mana laman rangkaian seperti whatsapp, emeil, telegram dan sebagainya. Mana-mana pengguna yang memperolehi link tersebut boleh memberi maklum balas kerana Google Form juga adalah mesra paparan.

    Sekian untuk perkongsian mengenai Google Form, untuk rujukan lanjut boleh tengok tutorial pada video berikut, semoga dapat membantu ✌.


     

          I.         

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

CARA-CARA MEMBUAT BLOG DI BLOGGER