Google Drive adalah perkhidmatan storan yang dimiliki oleh
Google. Google drive digunakan secara percuma dan berbayar. Bagi perkhidmatan
yang percuma, pengguna akan mendapatkan perkhidmatan simpanan percuma sebanyak
15 GB dan boleh ditambah simpanan GB dengan bayaran tertentu. Google drive
turut hadir sebagai media penyimpanan online yang membuat data pengguna
tersimpan secara cloud sehingga data tersebut tersimpan dengan baik dan
dapat digunakan pada bila dan dimana sahaja. Google drive ini turut tersedia
dakam bentuk dekstop ataupun telefon pintar. Ianya turut berfungsi bagi menyunting
video dan gambar, menguruskan projek, membuat carta aliran, faks dan
menandatangani dokumen dan lainnya. Berikut adalah fungsi lain bagi Google
drive yang akan diterangkan dengan lebih terperincil :
I.
Bagi
menyimpan fail
Ø Fungsi utama
Google Drive adalah sebagai media penyimpanan data. Penyimpanan data adalah
berbentuk dokumen, video atau apa pun bentuk media. Google drive ini seperti
pemacu keras (hardisk), ianya adalah media penyimpanan online tanpa
harus menyediakan storage.
II.
Perkongsian
fail
Ø Pengguna
boleh berkongsi fail dengan pengguna lainnya atau kumpulan melalui link atau
URL yang dibenarkan oleh pengguna utama. Pengguna lainnya atau kumpulan lainnya
dapat membaca atau menyunting fail tersebut.
III.
Menyunting
fail
Ø Pengguna
turut dapat melakukan penyuntingan data secara lansung tanpa perlu memuat turun
dokumen. Google drive turut menyokong ciri penyuntingan data teks yang
dihubungkan pada hamparan Google. Ianya hampir berfungsi sama dengan format Microsoft Word
atau Microsoft Excel.
IV.
Melakukan
Backup data
Ø Ini juga
turut menjadi fungsi Google drive dimana digunakan sebagai backup data.
Google drive adalah perkhidmatan storan fail dalam talian untuk menyimpan data
ke awan.
No comments:
Post a Comment