Google Adwords merupakan salah satu aplikasi Google yang
menjadi platform bagi pengiklanan kepada semua bisnis atau perusahan di dunia
internet. Iklan yang memaparkan di carian Google mahupun platform lainnya yang
sejajar dengan teknologi terkini seperti Youtube dan aplikasi mudah alih
lainnya. Dengan adanya Google Ads ini, pengguna Google Ads boleh menetapkan
penempatan iklan yang diiinginkan pada pencarian Google. Google Ads ini turut membantu
bagi mana-mana individu mahupun perusahaan perniagaan untuk meningkatkan dan
memperkenalkan hasil produk, proposal dan sebagainya yang berkait. Google Ads
ini mempunyai tiga jenis iklan. Berikut adalah tiga jenis iklan :
I.
Ads Google
Search Network
Google
Search Network adalah iklan yang akan muncul mahupun keluar pada carian para
pengguna. Iklan akan dipaparkan dengan hasil carian Google dan di tapak carian yang lainnya apabila kata kunci
pengguna berkaitan dengan carian pengguna lain. Iklan akan dipaparkan diatas
mahupun dibawah hasil carian Google. Selain itu, iklan juga boleh dipaparkan
bersebelahan, atas atau bawah pada carian Google Play, Google Maps, Google
Photos dan lainnya.
II.
Ads Google
Display Network
Google
Display Network adalah iklan yang dipaparkan dengan bentuk display ads.
Display Ads ini boleh merupakan iklan yang berbentuk teks, ataupun
berbentuk visual. Iklan Google Display Network ini tidak hanya dipaparkan di
website sahaja namun pada aplikasi dan aplikasi permainan turut boleh
dipaparkan. Google Display Network adalah lebih pasif, ini kerana ianya sistem
integrasi iklan dan website yang terpilih. Ini akan membantu bagi pengguna
lainnya lebih mendapatkan informasi dari iklan yang berbentuk visual mahupun
teks.
III.
Ads Google
Video
Google Video
merupakan iklan pada video di hasil pencarian Youtube atau sebelum,
selama dan setelah video pada Youtube. Google Video ini turut membantu
para pengguna Google Ads, ini adalah jelas kerana iklan video mampu meningkatkan
interaksi dengan pelanggan serta dapat memberikan penjelasan yang lebih detail.
Pengguna atau pelanggan mampu memberi gambaran yang sebenarnya sesuatu produk
dengan lebih jelas dan efektik.
Rujukan lanjut mengenai Google Ads boleh rujuk pada video berikut, terima kasih.
No comments:
Post a Comment