Google
Form merupakan salah satu aplikasi yang disediakan pada aplikasi Google dan
diperkenalkan pada 06 Februari 2008, ianya merupakan borang maya yang digunakan
untuk mengumpul, memantau, soal selidik, kuiz, undian dan beberapa perkara yang
memerlukan maklum balas dari pihak lain atau pengguna lain. Pengguna lain hanya
memasukkan maklumat yang diperlukan mengikut pada Google Form yang disediakan.
Google Form ini turut boleh disebarkan secara meluas hanya dengan menggunakan
peranti pintar mahupun apa-apa alat komunikasi terkini. Google Form ini
merupakan perisian kolaboratif dimana ianya dapat berfungsi dan digunakan
secara bersama. Sebagai contoh senarai kehadiran mesyuarat, dengan adanya barcode
Google Form ini para ahli mesyuarat hanya perlu mengimbas kod yang tersedia
untuk mengesahkan kedatangan tanpa perlu berbaris hal ini juga membantu bagi
kita yang menghadapi norma baru sepanjang pandemik ini dengan menjaga
penjarakan sosial antara sesama. Seterusnya, Google Form ini merupakan
sebahagian daripada Google Drive dan yang lebih menariknya, Google Form ini
turut bersinkronisasi dengan Google Sheet ianya akan memudahkan dan pengeluaran
lampiran akhir Google Form.
No comments:
Post a Comment