Aplikasi Google
merupakan perkhidmatan penyelesaian perisian yang berasaskan web atau
kolaboratif yang dijadikan platform oleh pihak Google. Aplikasi Google ini
digunakan secara percuma oleh para pengguna diserata dunia. Aplikasi Google
menyediakan pelbagai rangkaian aplikasi yang di integrasi dan merangkumi
pelbagai program dengan kemampuan perisian yang tinggi.
Aplikasi Google ini berfungsi dimana-mana sahaja peranti
mahupun komputer. Ianya turut menjadi platform kepada organisasi perniagaan
secara kecil mahupun secara besar. Selain itu, institusi pendidikan mahupun
individu turut boleh menggunakan perkhidmatan aplikasi Google ini. Aplikasi
Google tersedia dalam dua pilihan, dimana ianya mempunyai edisi standard iaitu
secara percuma dan edisi perdana iaitu secara berbayar. Bagi edisi perdana
pelanggan diberi ruang simpanan e-mel 10GB dengan jaminan masa 99.9% unruk
e-mel berbanding dengan edisi percuma hanya 2GB. Seterusnya kemudahan premium
lainnya adalah termasuk akses melalui telefon sepanjang 24 jam, serta kemampuan
bagi menyembunyikan semua iklan pada perkhidmatan Google dan beberapa lagi ciri
yang lebih canggih yang bersesuai untuk perusahan atau pun yang lainnya.
Pelbagai
komponen turut disediakan pada aplikasi Google termasuk Google Calender,
Google Maps, Google Voice, Google TV, Google Lens, Goole Play dan
lain-lain. Kesemua aplikasi Google ini terdapat empat aplikasi yang akan
diterangkan secara lanjut, iaitu Google Form, Google Doc, Google Ads dan
Google Drive.
No comments:
Post a Comment