Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai
satu proses pengaliran, penyebaran, penyimpanan dan pemprosesan maklumat
berperantaraan teknologi. Secara umumnya, teknologi disifatkan sebagai satu
bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi lebih pantas.
Rentetan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan dan isu
pandemik Covid-19 yang hampir
semua negara menghadapi permasalahan ini , kini kita semua meneruskan
pendidikan menggunakan perkembangan teknologi maklumat. Salah satu yang lebih
umum kepada kita semua adalah Google. Google merupakan sebuah syarikat
teknologi multinasional Amerika Syarikat. Google bermula pada Januari 1996 sebagai
projek penyelidikan oleh Larry Page dan Sergey Brin semasa mereka berdua
merupakan pelajar Phd. Kini, apa sahaja maklumat yang ingin diperoleh, boleh
dikatakan hampir semua kita menggunakan perantian carian Google. Perkataan
‘Google’ kini menjadi satu kebiasaan kita bagi memudahkan mendapatkan maklumat.
Ianya turut sejajar dengan misi Google dimana bagi menetapkan maklumat dunia
dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal.
No comments:
Post a Comment